Herba Semulajadi Pelbagaiguna Sejak Berabad Lalu...
Herba Terbaik Untuk Sekeluarga
Shea Butter atau Mentega Shea |
Shea Butter sangat kaya dengan lemak minyak dari pokok karite (dikenali juga sebagai pokok shea). Ia kerap dikaitkan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah kulit, kesihatan serta isu-isu kesihatan rambut.
Pokok Shea |
Baru-baru ini, shea butter telah mendapat populariti yang besar di dunia barat kerana penggunaannya yang meluas dalam beberapa produk kecantikan, seperti losyen, kosmetik, shampoo, dan perapi.
Mari kita ketahui lebih lanjut mengenai keajaiban mentega shea dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada anda.
Shea Butter asli mempunyai tekstur kaya serta mengagumkan dengan daya serapan kulit yang baik dan melembapkan semua jenis kulit. Kulit kering atau kasar yang memerlukan pelembap, terutamanya pada kawasan yang lebih sukar seperti siku, lutut, dan kaki boleh bergantung kepada bahan ajaib ini.
Penyembuhan
Vitamin A dan E dan sifat pemangkin pengeluaran kolagen di dalam shea butter memjadikannya produk semulajadi yang sangat baik untuk membantu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesan parut.
Jangan ketinggalan Dengan Shea Butter !!!
Comments
Post a Comment